UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

PENGENALAN
Perkhidmatan psikologi kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh pegawai psikologi kaunseling professional bagi menghasilkan perubahan perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang holistik sepanjang hayat berlandaskan etika professional kaunseling. Bagi mencapai matlamat ini perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi. Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.

VISI
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang professional.

MISI
Meningkatkan kualiti dalam memberi perkhidmatan psikologi kaunseling yang kondusif, terapeutik dan efektif demi meningkatkan taraf kesihatan intelek (mental), rohani, emosi, dan jasmani masyarakat.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kestabilan intelek (mental), rohani, emosi, dan jasmani klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan intelek (mental), rohani, emosi dan jasmani dalam mengharungi kehidupan yang sihat.
  • Membantu untuk meningkatkan kemahiran ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
    Menggalakkan celik akal di kalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang rasional dalam menyelesaikan konflik dan isu yang mengganggu kehidupan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap klien yang dirujuk perlu diberi maklumbalas dalam tempoh 120 jam (5 hari bekerja) dari tarikh borang rujukan diterima.
    • Aktiviti maklumbalas termasuk menjalankan temubual awal kepada klien atau keluarga/penjaga.
    • Memberi temujanji pertama kepada klien atau pihak wad yang merujuk.
    • Menghubungi klien melalui telefon berkenaan dengan rujukan.
  1. Setiap sesi kaunseling individu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnnya 45 minit manakala kaunseling kelompok/keluarga dan perkahwinan adalah sekurang-kurangnya 90 minit
  2. Setiap klien akan diberi penerangan berkaitan prosedur dan rawatan psikologi kaunseling yang dicadangkan

SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris dan individu signifikan kepada pesakit (luar dan dalam), kakitangan serta pelatih institusi latihan kkm. Perkhidmatan ini dilaksanakan di bilik kaunseling, wad, klinik pakar hospital daerah, oscc, kawasan bencana dll yang berkaitan. Perkhidmatan terbahagi kepada 3

  1. Kaunseling individu
  2. Kaunseling kelompok
  3. Kaunseling keluarga dan perkahwinan

Waktu perkhidmatan
Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am)

Ahad hingga rabu
8.30 pagi hingga 5.30 petang

Hari khamis.
8.30 pagi hingga 4.00 petang

Sistem rujukan

  • Bagi pesakit, rujukan adalah daripada pegawai perubatan hospital dan klinik kerajaan
  • Bagi kakitangan KKM rujukan adalah drpd ketua jabatan/ketua unit/penyelia
  • Bagi pelatih di institusi latihan kementerian kesihatan Malaysia rujukan adalah daripada timbalan pengarah hal ehwal pelatih/ timbalan pengarah akademik/pengajar
  • Kakitangan dan pelatih kkm  boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara sukarela

Pendaftaran pesakit
Semua kes yang diterima didaftarkan secara manual atau elektronik

Sistem temujanji
Sesi kaunseling dan konsultasi akan direkod secara manual atau elektronik dan perubahan tarikh dan masa temujanji berdasarkan jadual pegawai semasa yang bertugas

Carta organisasi

Hubungi
Pejabat pegawai 4226
Bilik kaunseling 1404
Kaunter menunggu 1402
**736

Nama pegawai: Sabariah binti Mohamed @ Muhammad
Kaunselor berdaftar perakuan amalan
KB03268 PA02752
Pegawai Psikologi Kaunseling S41

Skip to content