UNIT ASET

LATAR BELAKANG

 Pejabat Unit Pengurusan Aset & Stor (UPAS) terletak Aras 3, Bahagian Kewangan, Hospital Sultan Ismail Petra. Diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Gred M44, Pembantu Tadbir Gred N22 merangkap Pegawai Aset Hospital dan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir. 

MISI

Menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ) Rujukan Bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

VISI

Memperkasakan Aktiviti Pengurusan Aset Alih yang sistematik, berkualiti, cekap dan penuh integriti selaras dengan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.

 OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efektif dan efisen sebagai sokongan kepada program penjagaan pesakit yang dijalankan oleh hospital.
  • Memastikan Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor di hospital ini mengikut garis panduan dan tatacara yang sedang berkuatkuasa.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Unit ini menjalankan fungsi-fungsi pengurusan Aset Alih dan Stor di hospital ini melalui pelbagai aktiviti seperti berikut :-
  • Urusan pengujian dan pentauliahan (T & C).
  • Urusan pendaftaran Aset Alih ke dalam Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA).
  • Menyelaras Pemeriksaan Aset Alih, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi stor.
  • Urusan Pelupusan Aset Alih dan barang-barang stor.
  • Urusan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih dan barang-barang stor.
  • Memproses kelulusan penerimaan hadiah/ sumbangan dalam bentuk peralatan/ aset alih.
  • Menyediakan Laporan Suku Tahun bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor.
  • Memproses kelulusan pindahan aset alih ke Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang lain.
  • Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat hospital.
  • Menjadi Urusetia bagi Jawatan Kuasa Pelupusan Aset Alih Kerajaan.
  • Menjadi rujukan berkaitan pengurusan aset alih kerajaan dan stor kerjaan kepada semua Jabatan/ Unit/ Wad/ Klinik di hospital ini.
Skip to content