UNIT TIBI / LEPROSY
KLINIK RESPIRATORI
Klinik respiratory merupakan salah satu daripada kepakaran dalam Perubatan Am. Dikelolakan oleh Pakar Dr. Joel Gan Weng Yein dan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 dan seorang Jururawat U29.
Hari Klinik
- Dibuka setiap hari
- Menerima lawatan pakar Respiratori dari HRPZ II, 2 bulan sekali untuk prosedur bronchoscopy dan pleuroscopy
- Memberikan sessi kaunseling kepada pesakit baru yang di diagnos penyakit TIBI atau pesakit yang lama samada dari klinik ataupun dari wad bagi kes rujukan.
Fungsi – Fungsi Klinik :-.
- Mengenalpasti pesakit berkaitan respiratori dan TIBI yang memerlukan bantuan rawatan di bawah penyeliaan pakar dari HKK dan HRPZ II.
- Mengesan dan merawat TIBI / respiratori dengan berkesan
- Melakukan saringan awal TIBI seperti Mantoux test, pengambilan sputum AFB, darah dan lain – lain lagi.
- Memberikan rawatan tepat , berkala dan terbaik kepada pesakit TIBI dan respiratori.
- Memberi sokongan secara psikologikal kepada pesakit yang baru didiagnoskan untuk menerima kenyataan pesakit mereka.
- Memberikan kaunseling kepada pesakit dan juga ahli keluarga di dalam penerimaan penyakit TIBI
- Mengawal penularan TIBI kepada orang lain.
- Membantu KKM mengemaskini data dan mengenalpasti punca penularan penyakit TIBI melalui sessi kaunseling bersama pesakit.
- Bekerjasama bersama farmasi dalam memastikan penggunaan ubatan TIBI/ Respiratori yang berkesan
- Membantu pesakit mengambil ubatan TIBI dengan betul dan “ compliance”
Perkhidmatan Yang Disediakan:-
- Melakukan prosedur :-
-
- Bronchoscopy
- Pleuralscopy
- Lung Function Test