BALAI PELAWAT

Pengenalan

  • Kemudahan kepada waris-waris pesakit yang dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra
  • Mempunyai 7 bilik, 4 tandas(2 lelaki, 2perempuan), 2 surau(lelaki & perempuan) & 1 pantry
  • Maksimum 3 orang untuk 1 bilik
  • Waktu operasi pada pukul 8.00 pagi-10.00 malam
  • Mula beroperasi pada 23 Mei 2019

Peraturan-peraturan Balai Pelawat

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta kad nikah bagi pasangan yang sudah berkahwin.
  2. Pengiring/ ahli keluarga pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra.
  3. Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas (sekiranya berumur kurang daripada 18 tahun perlu memberikan sebab-sebab tertentu dan munasabah).
  4. Mendapat pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jururawat Wad di mana pesakit
  5. Pendaftaran menginap di Balai Pelawat beroperasi mulai jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.
  6. Bayaran sewaan untuk satu (1) bilik adalah RM 10 untuk satu (1) malam.
  7. Maksimum tiga (3) orang pengiring ahli keluarga yang akan diberi penginapan untuk setiap bilik.
  8. Kelulusan penginapan hanya untuk maksimum 3 hari setiap pendaftaran dan permohonan tambahan hari boleh dipertimbangkan.
  9. Keutamaan akan diberikan kepada pengiring/ ahli keluarga pesakit yang datang dari kawasan yang melebihi jarak 30 km dari Hospital Kuala Krai.
  10. Penghuni diwajibkan menunjukkan pas penginapan setiap kali masuk dan keluar dari Balai
  11. Selain daripada Penginap berdaftar, lain-lain pelawat TIDAK DIBENARKAN MASUK tanpa kebenaran Penyelia Balai Pelawat
  12. Penghuni DILARANG membawa masuk makanan dan minuman yang tidak Sekiranya tertangkap, penghuni akan di arahkan keluar serta merta.
  13. Penghuni tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti MEMASAK di Balai Pelawat.
  14. Penghuni lelaki tidak dibenarkan masuk ke bilik penghuni wanita dan
  15. Penghuni DILARANG merokok di dalam dan luar kawasan Balai Pelawat Hospital Kuala Krai.
  16. Penghuni tidak digalakkan membawa barang berharga dan pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kehilangan barang
  17. Pihak hospital hanya menyediakan tempat penginapan. Sebarang keperluan lain adalah tanggungan sendiri.
  18. Penghuni diwajibkan menjaga kebersihan/ kemudahan yang disediakan. Sila TANGGALKAN ALAS TILAM DAN SARUNG BANTAL dan masukkan ke dalam bekas yang disediakan sebelum mendaftar keluar dari Balai Pelawat.
  19. Penghuni DIWAJIBKAN berpakaian sopan dan menutup aurat serta menjaga kelakuan semasa berada di dalam dan di luar Balai Pelawat serta sepanjang berada di kawasan hospital.
  20. Penghuni tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu penghuni lain.
  21. Kakitangan hospital / radicare / pengawal keselamatan tidak dibenarkan masuk ke bilik pelawat tanpa kebenaran.
  22. Sekiranya penghuni mendaftar keluar dari tempoh yang ditetapkan, tiada pemulangan bayaran akan dikembalikan.

Tanggungjawab Pelanggan

  1. Pelanggan yang memerlukan penginapan di Balai Pelawat perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
  2. Pelanggan yang hendak menginap di Balai Pelawat mestilah bertujuan untuk menjaga sanak saudara yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Petra.
  3. Penghuni mestilah menjaga kemudahan yang disediakan dengan tidak merosakan atau menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan peralatan yang terdapat dalam Balai Pelawat.
  4. Penghuni hendaklah menjaga kebersihan luar dan dalam Balai Pelawat semasa menginap.
  5. Penghuni hanya dibenarkan menginap selama tiga(3) hari di Balai Pelawat dan sebarang penyambungan tempoh perlu membuat permohonan semula.
  6. Penghuni boleh diarah keluar dari Balai Pelawat pada bila-bila masa atas sebab-sebab tertentu yang boleh merosakkan imej Kementerian Kesihatan Malaysia.
  7. Penghuni tidak dibenarkan melakukan aktiviti memasak di Balai Pelawat.
  8. Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap barang peribadi masing-masing. Pihak Pengurusan Hospital tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecurian atau penipuan yang dihadapi oleh penghuni.
  9. Penghuni hendaklan menggunakan kemudahan air dan elektrik sebaik mungkin dan elakkan pembaziran.
  10. Penghuni hendaklan melaporkan kepada Penyelia Balai Pelawat atau Pengawal yang bertugas jika terdapat sebarang kerosakan pada bahagian bangunan atau kelengkapan kemudahan asas yang ada.
  11. Semua penghuni wajib mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Skip to content