JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Ismail Petra memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Kuala Krai dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen. Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuklah pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan ’definitive’, Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC ), dan pengendalian pasukan perubatan. Perawatan pesakit adalah berdasarkan ketenatan dan keadaan klinikal pesakit. Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas termasuklah fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit.

VISI

Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang efisyen, selamat dan persekitaran yang mesra dengan meninggikan tahap kualiti, menghormati maruah pesakit, bertanggungjawab dan berbudi bahasa.

MISI

Kami komited kepada :

  • Menyediakan pengurusan masa yang tepat, sesuai dan fokus terhadap pesakit dan keluarga serta menjadikan Jabatan Kecemasan sebuah tempat yang selamat dalam memberi perawatan kepada pesakit.
  • Menyediakan perancangan yang tepat untuk pesakit dengan mendapatkan nasihat dari unit atau disiplin yang lain dan ini akan menjanjikan perawatan efektif, menjimatkan masa dan kos.
  • Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan pembelajaran yang berterusan berpandukan ”Clinical Practice Guidelines” ( CPG ) dan sesi paktikal yang menyeluruh.

OBJEKTIF JABATAN

Objektif Umum:

Menyediakan perkhimatan perawatan perubatan kecemasan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada semua pelanggan.

Objektif Khusus :

  • Memberikan perawatan kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke hospital
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi setiap fasa pengurusan kritikal bermula dari perkhidmatan pra hospital, perkhidmatan triage dan pengurusan pesakit di zon-zon khas iaitu Kritikal, Separa Kritikal dan Tidak Kritikal
  • Memastikan perawatan yang tepat ,efisyen, efektif melibatkan resusitasi, penstabilan, diagnosis dan pelaksanaan prosedur menyelamatkan nyawa
  • Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit melalui pendekatan berkumpulan yang terdiri daripada Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat
  • Memastikan dan melengkapkan semua anggota Jabatan Kecemasan dengan pengetahuan dan kemahiran agar perkhidmatan yang diberi adalah cekap, tepat dan selamat.
  • Mewujudkan suasana kerja berpasukan antara anggota Jabatan Kecemasan dan pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang dan profesional

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan kecemasan Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit kes kecemasan ke Hospital.
  • Perkhidmatan Perawatan Kecemasan. Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan , nasihat yang tepat dan betul. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah :
    • Resusitasi dan stabilisasi pesakit,
    • Diagnosis dan prosedur intervensi.
    • Perawatan definitif.
    • Perawatan asthma.
    • Wad Pemerhatian
    • OSCC
    • Saringan Penyakit Berjangkit seperti MERS-Cov
  • Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol , penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumahtangga.
  • Pengurusan bencana Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.
  • Pemeriksaan Medicolegal Menjalankan pemeriksaan Medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.
  • Menyediakan Pasukan Perlindungan Perubatan jika terdapat permintaan untuk sesuatu acara samada tunggu sedia di jabatan kecemasan atau di lokasi atau untuk acara yang dihadiri oleh VVIP seperti termaktub dalam pekeliling KPK 2/2007.

Zon-Zon Yang Disediakan.

  1. Zon Hijau ( Zon tidak kritikal )
    • Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dirawat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.
  2. Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal )
    • Anggota Kecemasan memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 20
  3. Zon Merah ( Zon Kritikal )
    • Anggota Kecemasan memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah ( Respon serta merta )
    • Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut.
Skip to content