UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PENGENALAN

Bilik Unit Penyeliaan berkedudukan di Aras 4, bangunan utama Hospital Sultan Ismail Petra. Unit Penyeliaan ini menyelia dua ketegori kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan .

Jumlah jawatan Penolong Pegawai Perubatan seramai 42 orang dan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 84 orang keseluruhannya . Jawatan untuk Penolong Pegawai Perubatan telah di isi penuh dan jawatan yang di isi untuk Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 82 orang. Seramai 19 orang PPP bertugas  di Jabatan Kecemasan dan seramai 23 orang bertugas  di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain .

Manakala PPK seramai 82 orang diletakan bekerja syif di wad dan bekerja di waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain.

VISI

Menjana pasukan sokongan perubatan yang efisen dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.secara berterusan .

MISI

Menjalankan  penyeliaan (Clinical supervision) secara berterusan kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta-akta,peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memperbaharui sijil Pendaftaran Pen.Pegawai Perubatan (APC) sebelum 30 haribulan Mac setiap tahun.
  • Sentiasa bekerjasama dengan jabatan/ unit yang berkaitan di Hospital Serdang secara profesional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan sebagai agenda utama
Skip to content