UNIT PENDIDIKAN PESAKIT
Pengenalan
Meningkatkan dan mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sihat melalui perkhidmatan promotive, preventif dan kuratif.
Objektif Pendidikan/Promosi Kesihatan
Objektif adalah untuk memberi pengetahuan, mengubah sikap dan tingkahlaku sekaligus memberi kesedaran dan mengamalkan cara hidup sihat di kalangan individu, keluarga dan masyarakat.
Fungsi Unit
- Menyediakan perkhidmatan bantuan, sokongan dan penggalakan bagi program dan aktiviti pendidikan pesakit di peringkat hospital.
- Menyediakan bahan-bahan maklumat rujukan kesihatan untuk pesakit dan orang awam.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan/promosi kesihatan untuk pesakit dan orang awam terutamanya di hospital.