UNIT HAL EHWAL ISLAM
MISI
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit
VISI
Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan warga kerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan warga kerja semasa bertugas
- Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisien.
- Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
- Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit
FUNGSI UTAMA UNIT HAL EHWAL ISLAM
- Mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital.
- Merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah.
- Menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.
AKTIVITI
Tanggungjawab Kepada Hospital
- Mewujud dan menyelia Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
- Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
- Menjadi sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama
Perkhidmatan Kepada Warga Kerja Hospital
- Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
- Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada warga kerja hospital
Perkhidmatan Kepada Pesakit Dan Waris
- Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
- Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.