UNIT KAWALAN INFEKSI
PENGENALAN
Hospital Kuala Krai adalah hospital rujukan bagi Hospital Machang dan Hospital Gua Musang dengan jumlah 268 katil. Hospital ini menyediakan perkhidmatan untuk rawatan ‘acute’ dan rawatan susulan melalui klinik-klinik pakar.
Perkhidmatan Kawalan Infeksi Hospital Sultan Ismail Petra bertempat di Aras 3 di Pusat Pendidikan Kesihatan. Pada masa kini, perkhidmatan kawalan infeksi dijalankan oleh Pasukan Kawalan Infeksi iaitu:-
- Dipengerusikan oleh Pengarah Hospital
- Penyelaras Kawalan Infeksi
- Penyelia Jururawat
- Ketua Jururawat dan
- Dua orang Jururawat yang mempunyai sijil Pos Basik Kawalan Infeksi.
Perkhidmatan ini meliputi semua kawasan Hospital Kuala Krai termasuk wad, klinik dan ambulatorycare.
FUNGSI UNIT
- Memberi perkhidmatan kawalan jangkitan yang efektif dan efisyen didalam mencegah dan mengawal jangkitan hospital
- Memastikan setiap anggota hospital mengikut polisi dan prosedur (KKM)
- Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas tanpa memudaratkan diri dan yang lain dengan mematuhi garispanduan “Standard Precaution”untuk mencegah jangkitan.
- Memastikan sistem surveilan dan notifikasi sentiasa dipatuhi
- Memberi pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang ramai.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan jangkitan dengan memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan berterusan berkaitan kawalan jangkitan hospital kepada semua anggota hospital dan sokongan swasta.
OBJEKTIF
- Melahirkan kesedaran, sikap dan tanggungjawab tentang kepentingan dalam Kawalan Infeksi.
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan kawalan dan pencegahan infeksi di hospital supaya kakitangan dapat melaksanakannya.
- Sebagai sumber rujukan dalam hal yang berkaitan dalam kawalan infeksi
- Melatih kakitangan mengenai prosedur dalam kawalan infeksi.
VISI
- Berusaha untuk mengurangkan dan mengawal Health Care Associated Infection yang berlaku di hospital.
MISI
- Memastikan pemantauan dilakukan dengan teliti dan telus serta penambahbaikan berterusan bagi mengurangkan Health Care Associated Infection.
- Membentuk organisasi yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovatif dan telus.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap unit akan dipantau mengikut jadual yang ditetapkan.
- Lawatan ke unit akan dibuat setiap bulan
- Latihan teknik membasuh tangan dan prosedur Standard Precaution akan dipantau setiap bulan.
- Berusaha mengurangkan atau mengawal nosokomial infeksi.
PERKHIDMATAN UTAMA
- National Hand Hygiene Compliance Surveillance
- Health care associated infection’ (HCAI) and Alert Organism Surveillance
- Carbapenem Reisitance Enterobacteriacae Surveillance
- National Health Care Associated Infection Surveillance (PPS)
- National Blood Stream Infection Surveillance
- Sharps Injuries Management and Surveillance
- Targeted Surveillance
- Melakukan pemantauan di wad, klinik, unit dan Jabatan.
- Memberi ceramah / latihan / orentasi yang berterusan berkaitan dengan ‘Infection Control’ kepada semua kategori – kakitangan Hospital Kuala Krai khasnya / klinik lain di sekitar Daerah Kuala Krai amnya.
- Melakukan pemeriksaan ‘Blood screening for Hepatitis B’ dan pemberian immunisasi Hepatitis B serta suntikan Vaksin Influenza kepada kakitangan.
- Menyediakan polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan Kawalan Infeksi.
- Membuat penyiasatan dengan segera sekiranya terdapat ‘Outbreak’.
- Memainkan peranan dalam ‘renovation of the ward’ bersama dengan Unit Pembangunan.