JABATAN PATOLOGI

PERKHIDMATAN PATOLOGI & TRANSFUSI

MATLAMAT

Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap dan moden selaras dengan kemajuan teknologi perubatan merangkumi perkhidmatan makmal patologi serta penyediaan bekalan darah dan komponen hasil darah.

 MISI

Jabatan Patologi & Transfusi akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan menggunakan kaedah teknologi yang sesuai dan terkini dan dianggotai kakitangan berjiwa murni dan terlatih serta peka terhadap keperluan pelanggan. Perkhidmatan yang disampaikan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan  serta professionalisme demi kecemerlangan rawatan kepada pesakit.

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan

OBJEKTIF JABATAN

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang efektif dan komprehensif untuk para pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan 24 jam termasuk bekalan darah dan produk darah yang selamat serta mencukupi bagi penjagaan pesakit berkualiti.
  • Memberi nasihat teknikal mengenai ujian-ujian makmal kepada unit-unit lain di hospital.
  • Memastikan perkhidmatan makmal berkualiti diberikan dengan berpandukan kepada The Code of Professional Conduct for Medical Laboratory Technologists dan piawai-piawai etika lain yang berkaitan.
Skip to content