VISI / MISI / MATLAMAT / PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA

Satu pusat rawatan di mana pesakit dapat berkunjung dengan penuh keyakinan. Dia akan dilayan dengan mesra dan berhemah. Dan dia akan diberi rawatan yang optima mengikut kemampuan kami.
Akan sedaya upaya memastikan setiap isan yang berurusan dengan kami akan menikmati: KESEMBUHAN KELEGAAN atau sekurang-kurangnya KETENANGAN Dengan menekankan profesionalisma, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang. INSYAALLAH
1) Kesejahteraan (wellness focus)
2) Insan bermaklumat (Informed person)
3) Perkhidmatan / rawatan berterusan (seamless care)
4) Cepat, berkesan dan mampu diperolehi (Effective, Efficiency and Affordable)
1) Pelanggan yang memerlukan rawatan khusus akan dirujuk ke pusat yang sesuai.
2) Pelanggan berhak mendapatkan penerangan mengenai prosedur-prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risikonya dan pilihan.
3) Pelanggan diberi rawatan perubatan yang berkualiti tanpa mengira umur, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi
4) Kerahsiaan mengenai rawatan, penyakit dan kehormatan pelanggan akan dijaga.
5)Pelanggan akan dilayan dengan hormat dan bersopan santun
Skip to content